Langsung ke konten utama

KEYAKINAN PONDASI AWAL MENUJU KESUKSESAN

Keyakinan adalah kepercayaan atau kesadaran yang kuat tentang sesuatu, baik itu tentang diri sendiri, orang lain, atau situasi tertentu. Keyakinan dapat mempengaruhi perilaku, emosi, dan keputusan seseorang. Jenis-Jenis Keyakinan Keyakinan Diri: Keyakinan tentang kemampuan dan potensi diri sendiri. Keyakinan Sosial: Keyakinan tentang orang lain dan hubungan sosial. Keyakinan Religius: Keyakinan tentang agama dan kepercayaan. Keyakinan Filsafat: Keyakinan tentang prinsip-prinsip dasar kehidupan dan alam semesta. F ungsi Keyakinan Mengarahkan Perilaku: Keyakinan dapat mengarahkan perilaku seseorang dalam menghadapi situasi tertentu. Meningkatkan Motivasi: Keyakinan dapat meningkatkan motivasi seseorang untuk mencapai tujuan. Mengurangi Kecemasan: Keyakinan dapat mengurangi kecemasan dan ketidakpastian. Meningkatkan Kualitas Hidup: Keyakinan dapat meningkatkan kualitas hidup seseorang dengan memberikan arah dan tujuan. Cara Membangun Keyakinan Mengembangkan Kemampuan: Mengembangkan kemamp...

Mengenal Diri Sendiri (7 Tingkatan Nafsu)

Nafsu merupakan suatu keinginan manusia kepada sesuatu. Pada dasarnya wajar setiap manusia memiliki keinginan akan sesuatu selama tidak bertentangan dengan perintah Allah SWT.
Namun kebanyakan dari kita mengertikan nafsu itu dari sudut negatif, pada hal jika kita pelajari maka boleh memahami nafsu dari segi positifnya. Diantara banyak orang sedikit sekali yang manggunakan nafsunya untuk mendekatkan diri pada Allah SWT. Padahal jika nafsu telah diperintah dengan baik, makah dapat mengubah hati manusia dari keruh menjadi sangat jernih. Sebagaimana dalam firman Allah SWT. "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya)".

NAFSU AMARAH

Nafsu ini adalah nafsu yang paling mudah menjerumuskan manusia kedalam panasnya api neraka. Orang yang memiliki nafsu ini tentu tidak kenal dengan yang namanya akhirat. Orang ini senang melakukan perbuatan yang dilarang asalkan dirinya boleh merasa senang dengan perbuatannya (dosa) itu.
Nafsu ammarah ialah nafsu tingkat yg paling jahat. Ia sentiasa mengajak manusia yang dikuasainya ke jalan kejahatan, melakukan maksiat dan seronok melakukannya.
Di antara sifat-sifat orang yang mempunyai nafsu ammarah ini yaitu :
  1. Selalu tergoda kepada godaan nafsu dan syaitan. Nafsu ammarah sentiasa menyuruh seseorang itu melakukan kejahatan sama ada ia faham perbuatan itu jahat atau tidak.
  2. Tidak merasa duka atau sesal atas perbuatan jahatnya, malah perasaannya lega dan gembira. Contohnya, bila tertinggal solat, hatinya tidak rungsing dan kesal sedikit pun, bahkan kadang-kadang merasa gembira dan senang hati.
  3. Terlalu gembira bila mendapat nikmat dan berputus asa bila ditimpa bala dan kesusahan.
  4. Sifat-sifat yang terbit dari benih nafsu ammarah ini ialah bakhil, tamak dan haloba akan harta dunia serta terlalu cintakan keduniaan, panjang angan-angan, sombong, takabur, sukakan kemegahan, ingin namanya terkenal dan masyhur, hasad dengki, dendam kesumat, khianat dan niat jahat, lalai terhadap Allah dan lain-lain sifat mazmumah bersarang di hatinya.
Jika seseorang itu mendapati di hatinya ada salah satu sifat tersebut, ini tandanya dia termasuk dalam golongan bernafsu ammarah, iaitu serendah-rendah darjat dan sejahat-jahat nafsu dalam Tasawwuf. Orang berilmu atau tidak berilmu boleh saja terjebak dalam golongan ini kerana nafsu lebih menguasai diri.  Jika tidak bertaubat, golongan ini akan mendapat azab yang pedih di akhirat nanti.
Sedang Nafsu yang lebih rendah daripada nafsu ammarah semuanya di kategorikan dalam nafsu Hayawani, yaitu :
  1. NAFSU KALBIAH, Nafsu Kalbiah ini mempunyai sifat anjing, yang antara lain suka memonopoli sendiri.
  2. NAFSU HIMARIAH, Nafsu Himariah ini mempunyai jiwa keledai, iaitu pandai memikul namun tidak mengerti sedikit pun apa yang dipikulnya. Dengan kata lain, ia tak memahami masalah.
  3. NAFSU SABU’IAH, Nafsu Sabu’iah ini pula berjiwa serigala iaitu suka-suka menyakiti atau menganiaya orang lain dengan cara apa sekalipun.
  4. NAFSU FA’RIAH, Nafsu Fa’riah ini adalah seperti tikus, iaitu bangsa perusak atau seumpamanya.
  5. NAFSU KHINZIRIAH, Nafsu Khinziriah ini bersifat babi, iaitu suka kepada yang kotor, busuk dan yang menjijikkan.
  6. NAFSU THUSIAH, Nafsu Thusiah ini pula ialah nafsu merak iaitu suka menyombongkan diri, mempamerkan diri, berlagak, mendabik dada dan sebagainya.
  7. NAFSU JAMALIAH, Nafsu Jamaliah ialah nafsu unta iaitu tidak ada rasa santun, kasih sayang, benci bersosial, tidak pedulikan kesusahan orang, yang penting dirinya selamat dan untung.
  8. NAFSU DUBBIAH, Nafsu Dubbiah ini mempunyai jiwa beruang. Biarpun kuat dan gagah, tapi pendek akal atau dungu.
  9. NAFSU QIRDIAH, Nafsu Qirdiah ini berjiwa beruk atau monyet iaitu apabila diberi ia mengejek, tidak diberi ia mencebek, sinis, dan suka melecehkan/memandang mudah. Ringkasnya sifat orang yang memang tidak tahu hendak bersyukur.
  10. NAFSU ZATIS-SUHUMI WA HAMATI WAL-HAYATI WAL-AQRABI, Nafsu Zatis-Suhumi Wa Hamati Wal-Hayati Wal-Aqrabi ini pula berjiwa binatang penyengat berbisa sebagai ular dan kala jengking. Orang ini senang sindir-menyindir orang, menyakiti hati orang, dengki, dendam, dan seumpamanya.
NAFSU LAWWAMAH
Nafsu  ini tingkatannya lebih tinggi daripada nafsu amarah. Orang yang berada pada tahap nafsu lawwamah ini sudah tau antara perbuatan yang dilarang dan amal kebajikan. Saat jatuh pada kejahatan dia masih merasa puas namun di ketika lain ia menyesali perbuatannya itu. Dia Kadang ia berbuat baik dan setelah itu akan kembali melakukan perbuatan dosa lagi. Orang yang seperti ini masih belum boleh dijamin masuk surga.

Nafsu lawammah ini lebih baik sedikit daripada nafsu ammarah. Nafsu lawwamah ialah nafsu yg selalu mengkritik atau mencela diri sendiri apabila melakukan sesuatu dosa atau kejahatan. Hatinya menyesal dan segera memohon ampun kepada Allah dan memperbaiki amal ibadatnya. Bila terlajak berbuat dosa, ia segera menyesal. Walau bagaimanapun, untuk berbuat kebajikan dan taat, ia masih terasa berat dan dilakukan dalam keadaan terpaksa dan tidak terasa nikmatnya.


Orang yang bernafsu lawwamah mempunyai ilmu, namun hatinya masih lemah dan nafsunya masih rakus dan masih banyak sifat mazmumah, cuma dia mudah tersedar apabila ditegur. Walaupun hatinya boleh dan mudah terdorong ke arah melakukan ibadah dan kebaikan tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan sepenuhnya.
Di antara sifat-sifat orang bernafsu lawammah ialah :
  1. Mencela kesalahan diri sendiri.
  2. Selalu berfikir (bertafakur) mengenang dosa dan keburukannya.
  3. Rasa takut bila rasa bersalah apabila melakukan dosa dan kejahatan.
  4. Mengkritik terhadap apa jua yg dikatakan kejahatan.
  5. Mudah merasa riya’ iaitu hendak menunjuk-nunjuk kepada orang lain apabila membuat kebaikan.
  6. Mudah merasa sum’ah, iaitu ingin mmperdengarkan atau memberitahu atau menghebahkan kepada orang lain sesuatu kebajikan yg dibuatnya supaya mendapat pujian orang.
  7. Mudah juga merasa ujub, iaitu perasaan dalam hati yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain, walaupun pada zahirnya ia menunjukkan sifat tawadhu’ atau tidak mahu terkenal atau pemurah. Sifat ini yang paling sukar dihapuskan.
  8. Sifat-sifat mazmumah yang lain dalam hati masih tidak mampu dilawan dan sedang menguasai hatinya.
Tahap nafsu lawwamah terdapat pada kebanyakan orang awam yang zahirnya kelihatan lebih baik daripada orang jahat. Orang yang bernafsu lawammah belum terjamin syurga untuknya, kecuali jika mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Oleh itu, jalan selamat bagi orang mempunyai nafsu lawwamah ini ialah dengan sentiasa bergaul dengan oran-orang baik dan sentiasa berada dalam lingkungan (suasana) yang baik. Ia hendaklah menjauhi kawan-kawan dan suasana yang tidak baik kerana hatinya mudah tergoda, terpengaruh dan terikut-ikut dengan kejahatan dan kemaksiatan.

Di antara langkah yang boleh dilakukan bagi memperbaiki nafsu ini supaya meningkat kepada nafsu yang lebih tinggi (bukannya menurun ke nafsu ammarah) ialah :
  1. Belajar dan berusaha utk melatih diri bermujahadah bagi melawan hawa nafsu dengan cara menanamkan rasa benci kepada maksiat dan menanam rasa cinta kepada kebajikan dan majlis-majlis ilmu.
  2. Melakukan zikrullah supaya hati lebih lembut.
  3. Berdoa bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah SWT. untuk memudahkan ia melawan nafsunya.
  4. Dapatkan  guru mursyid.
NAFSU MULHAMAH
Orang yang berada pada tingkatan ini apabila hendak melakukan amal kebajikan terasa berat. Namun dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan-kebaikan karena ia sudah mulai takut pada kemurkaan Allah dan pedihnya api Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat.

Namun ia masih dapat melawan dengan membayangkan nikmatnya berada di Syurga. Dia sudah mengenal penyakit-penyakit yang berada dalam hatinya. Seperti iri hati, dengki, syirik, dan lain-lain. Tapi dia masih belum mampu melawan. Bila penyakit-penyakit hati ini sudah tidak ada lagi, ia akan rasa satu kenikmatan baru dalam hatinya dan akan merasa benci dalam melakukan kejahatan. Dan pada saat itu dia telah meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik lagi yaitu Nafsu Muthmainnah.

Nafsu Mulhamah ini sudah menerima proses penyucian hati atau mujahadatun nafs. Tiada lagi lintasan-lintasa kotor atau was-was syaitan, sebaliknya malaikat atau Allah SWT. mengilhamkan kebaikan pada hatinya.
Di antara sifa-sifat orang yang bernafsu mulhamah ini ialah :
  1. Tidak sayangkan harta, tidak sayangkan dunia.
  2. Merasa cukup dengan kurniaan Allah (sifat qanaah).
  3. Mendapat ilmu laduni dan ilham.
  4. Timbul perasaan merendah diri kepada Allah (sifat tawadhu’).
  5. Taubat yang benar-benar (taubat nasuha).
  6. Tahan menanggung kesusahan dan mempunyai sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang lain.
Orang yang berada pada martabat ini mulai masuk ke sempadan makam wali dan mulai mencapai fana yang menghasilkan makrifat dan hakikat (syuhud).
Namun begitu, sifat-sifat baik (mahmudah) sama ada zahir atau batinnya belum benar-benar berakar umbi dengan teguh dalam diri dan hatinya. Oleh itu, ia perlu menjaganya dgn mengawal diri dan hatinya serta perlu meningkatkan mujahadah dan meningkatkan amalan solehnya. Ujian ke atasnya sentiasa ada dan sekiranya ia tidak berjaga-jaga dan leka nanti Allah SWT. akan mencabut kembali makam itu dan turun balik ke makam nafsu lawwamah.

NAFSU MUTHMAINNAH

Orang yang berada dalam tingkatan ini sudah dijamin masuk surga. Pada makam nafsu mutmainnah ini, hati sudah sampai ke peringkat suci dan tenang. Nafsu mutmainnah adalah martabat nafsu pertama yang telah mula mendapat keredhaan Allah dan baru layak memasuki syurga, sebagaimana Firman Allah SWT. “Wahai ‘al-nafs al-mutmainnah’ (jiwa yang tenang). Kembalilah kepada Rab (Tuhan) kamu dalam keadaan reda dan diredai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam jannah (taman/syurga)-Ku.” (Al-Fajr: 27-30).
Di antara sifat-sifat yang dimiliki oleh orang yang bernafsu mutmainnah :
  1. Murah hati dan tidak lekat wang di tangan kerana bersedekah.
  2. Tawakkal yang benar.
  3. Arif dan bijaksana.
  4. Kuat beribadah.
  5. Syukur yang benar.
  6. Redha atas segala hukuman/bala Allah.
  7. Taqwa yang benar dan sifat-sifat terpuji (mahmudah) yang lain.
NAFSU RADHIAH
Sifat dari nafsu ini adalah dia selalu menganggap yang makruh itu haram, dan yang sunat ia anggap itu kewajiban. Jika ia tidak melaksanakan apa yang disunatkan, ia merasa berdosa. Baginya takdir baik atau buruk adalah sama saja. mereka tidak peduli dengan urusan yang berbau dunia. Karena hati mereka hanya pada Allah dan redha atas segala ketentuan yang Allah berikan kepadanya.

Nafsu radhiah adalah peningkatan daripada nafsu mutmainnah hasil kegigihan melatih diri utk memakrifatkn diri kepada Allah SWT. Orang ini memiliki keseluruhan sifat mahmudah dan kuat hubungan hatinya dengan Allah SWT. Orang ini mendapat pimpinan ilmu laduni dan mempunyai pandangan mata hati yang tajam atau dikenali sebagai ilmu firasat yang betul.


Perlakuan orang pada makam nafsu ini adalah luar biasa dan ia tidak takut pada bala Allah SWT. dan tidak rasa gembira pada nikmat Allah, semuanya sama baginya, yang ia tahu hanya memandang kepada keredhaan Allah SWT. dan hukuman-Nya. Hati nuraninya disinari oleh nur syuhud kepada makrifatullah.
Alam di sekeliling mereka laksana cermin. Apabila melihat alam ia ‘nampak’ (teringat atau terasa) akan Allah SWT.. Hal itu berlaku setiap ketika. Makam ini juga disebut sebagai makam musyahadah dan telah mencapai sifat ‘al-ihsan’.

Sifat-sifat mahmudah yang terbit dari nafsu radhiah ialah zuhud, ikhlas, wara’, meninggalkan perkara-perkara yang bukan urusannya, memelihara hukum-hakam Allah SWT. dan lain-lain sifat kerohanian yang tinggi.


Makam nafsu radhiah ini hanya dapat dicapai oleh para wali Allah SWT. Mereka dapat merasakan nikmat melakukan kebajikan dan berbudi luhur. Zikir wiridnya hebat, bukan sekadar di lidah tetapi hatinya penuh khusyu’ dan tawadhu’ mengingati Allah, tanpa lekang.


NAFSU MADRHIYAH

Tingakatan ini lebih tinggi dari tingkatan nafsu radhiah. Yang istimewa pada tingkatan ini adalah Bukan hanya orang pada tingkatan nafsu ini yang sangat mencintai Allah SWT, tapi Allah SWT juga sangat mencintainya. Dia buat Allah SWT cinta padanya dengan melaksanakan apa yang di sunatkan dan tidak melaksanakan sebuah dosa walaupun sekecil jarum di lautan. Sesuai dengan Hadist Qudsi : "Senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunnah sehingga Aku cinta padanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, jadilah Aku pendengarannya yang dengannya ia mendengar, penglihatannya yang dengannya ia melihat, perkataannya yang dengannya ia berkata, jadilah Aku tangannya yang dengannya ia berbuat, jadilah Aku kakinya yang dengannya ia melangkah, dan akalnya yang dengannya ia berpikir".

Mereka yang telah sampai ke peringkat nafsu mardhiah kelihatan lebih tenang dan tenteram. Hati dan jiwanya telah benar-benar sebati dengan Allah SWT. Orang yang dapat mencapai martabat nafsu kamilah digelar wali Allah pada martabat yang istimewa.
Di antara sifat orang yang bernafsu mardhiah :
  1. Elok dan tingginya budi atau kesusilaan orang ini umpama nabi-nabi.
  2. Lemah-lembut dalam pergaulan masyarakat sebagaimana perangai nabi-nabi.
  3. Sentiasa ghairah untuk berdamping dan beribadah kepada Allah SWT.
  4. Sentiasa berfikir akan kebesaran Allah SWT.
  5. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah SWT. dan lain-lain sifat terpuji (mahmudah).
NAFSU KAMILAH
Tingakatan yang ketujuh ini adalah tingkatan para Nabi dan Rasul, manusia yang suci dan sempurna. Yang terpelihara dari perbuatan tercela dan Allah selalu mengawasi dan membimbingnya. Untuk meraih nafsu dari peringkat yang paling bawah hingga peringkat diatasnya diperlukankan untuk Mujahadah hingga Allah SWT yakin akan usahanya. Untuk itu marilah kita tak terkecuali saya sendiri berlumba-lumba untuk meningkatkan peringkat nafsu kita hingga ke tingkat yang lebih tinggi agar kita semua ditempatkan oleh Allah SWT di taman surganya yang tak dapat dilukis oleh panca indera kita kerana keindahannya.

Ini adalah peringkat nafsu tertinggi di kalangan manusia. Setiap perlakuan orang yang berada pada makam nafsu ini benar-benar mengikut keredhaan Allah dan tidak pernah terdorong oleh hasutan nafsu dan syaitan kepada kejahatan dan kemaksiatan.


Cinta, ingatan dan kerinduannya hanya tertumpu pada Allah, tidak pernah putus walaupun sekejap.
Hanya para rasul, para nabi dan wali Allah saja yang boleh sampai ke taraf nafsu kamilah. Orang soleh, pejuang kebenaran boleh/bisa menuju ke tingkat nafsu yang tinggi itu dengan proses mujahadah yang bersungguh-sungguh.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Cara dan Kasiat Mengamalkan dzikir "YAA RAHMAN YAA RAHIM"

Dzikir dengan asma’ulhusna memiliki banyak kasiat dan pada dasarnya setiap doa itu akan di ijabah karena keyakinan penyerahan diri kita kepada zat yang maha sempurna. Seperti yang disebutkan dalam hadis. “Aku mengikuti sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah yang didapatkan, jika sangkaannya buruk maka buruklah yang didapatkan” (HR Ahmad). Dari hadis tersebut telah dapat kita pokok dasarnya bahwa doa yang kita panjatkan itu tergantung juga dengan keyakinan diri kita, jika ada secuilpun rasa ragu maka kemungkinan besar doa itu tidak sampai sebab masi ada yang menghalanginya, yaitu rasa was-was atau keraguan kita. Dzikir dengan asma’ulhusna memiliki manfaat diantaranya yang akan penulis sampaikan ini manfaat dzikir Ya Rahman. Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quraan bahwa dengan menyebut asmaulhusna untuk bermohon pertolongan kepada Allah SWT. disebutkan dalam ayat: Hanya milik Allah asma’ulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaulhusna itu dan tingg...

Biarkan Masa Lalu Berlalu Nikmati Masa Sekarang dan Yakin Akan Masa Depan

Kadang kalah dalam suasana kesunyian malam membawa kita akan cerita masa lalu yang telah kita lewati, suasana sunyih itu menghembuskan bayangan tersendiri yang membawa kita ke masa lalu dan membuat kita seakan ingin kembali lagi di masa lalu dan atau bisa membuat kita menangis menyesali akan masa lalu, namu biarkan cerita masa lalu itu menjadi bagian cerita kita yang akan meberi warna tersendiri untuk perjalanan hidup kita. Banyak cerita yang kadang kala membuat kita ingin mengulangnya kembali dan membawa kita terhanyut dengan kesendirian dan kesunyian itu, cerita-cerita yang telah kita lewati seperti menusuk di dalam rasa yang seolah mebawa kita kepada rasa yang tidak bisa kita ungkapkan dengan kata-kata. Kita terbawa di dalam rasa akan masa lalu yang telah kita lewati seolah jika ada waktu kita ingin kembali di masa itu untuk menikmatinya kembali dan atau ingin mengubah ceritanya agar masa lalu itu menjadi cerita yang semakin indah. Rasa ini memang memiliki arti tersendiri dalam ke...

CONTOH DUPLIK UNTUK GUGATAN PMH

Duplik adalah jawaban kedua yang diajukan dalam proses sidang pengadilan. Duplik merupakan jawaban tergugat atas replik yang diajukan penggugat. Duplik dapat diajukan secara tertulis maupun lisan. Dalam hukum acara pidana, duplik diajukan oleh penasihat hukum atau pembelaan terdakwa atas replik penuntut umum. Dalam hukum acara perdata, duplik diajukan oleh tergugat atas replik penggugat. Tujuan duplik adalah: Meneguhkan jawaban tergugat. Memberikan penjelasan lebih lanjut atau mengklarifikasi hal-hal yang dianggap penting oleh pihak tergugat. Mempertahankan argumentasi tergugat dalam jawabannya atas gugatan penggugat. Dalam menyusun duplik, diharapkan dalil-dalil atau pernyataan yang diajukan oleh tergugat tidak bertentangan dengan dalil yang telah dibuat dalam jawaban gugatan atau eksepsi. Duplik juga dapat diartikan sebagai upaya tergugat konvensi/penggugat rekonvensi dalam mempertahankan argumentasi dalam jawaban atas gugatan penggugat konvensi/tergugat rekonvensi. Contohnya : ........